Pernahkah anda alami situasi di mana pendrive anda dijangkiti sejenis virus yg mana semua folder yg berada di root folder di sembunyikan dan digantikan dgn shortcut? Walau pun virus berjaya dihapuskan dari pendrive dan sistem komputer tapi anda masih gagal memaparkan semula folder-folder tersebut.
Bagaimana anda atasi masalah tersebut?
Ada pelbagai cara yg dicadangkan di forum-forum internet. Antaranya kita diminta mengubah registry dgn menggunakan arahan regedit.
Saya mencuba kaedah-kaedah yg dicadangkan malangnya ia gagal memaparkan semula folder-folder yg tersembunyi tersebut.
Rupanya ada cara yg lebih mudah dan berkesan untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dgn menggunakan arahan DOS yg namanya ATTRIB.
Arahan ATTRIB ialah arahan utk setkan attribute sesuatu folder dgn H (hidden), S (system), A (archive), dan/atau R (read only).
Cara penggunaannya:
Utk sistem Windows XP,
- Klik Start => Run...
- Dlm kotak Run, taip cmd dan tekan Enter.
- Anda akan melihat Command Window yg berwarna hitam.
- Jika pendrive adalah F:, taipkan arahan berikut di command prompt dan akhiri dgn menekan Enter:
- attrib -s -h f:\*.* /s /d
Utk sistem Windows 7, gantikan arahan di langkah (1) & (2) di atas dgn langkah berikut:
- Klik butang Start
- Dlm kotak Search, taip cmd dan tekan Enter.
No comments:
Post a Comment