Welcome To My Blog

This blog contains posts that may benefit ordinary visitors or programmers (particularly .NET programmer).
To view posts related to particular subjects, click the link under Labels.

Friday, April 27, 2012

Memilih Teks Secara Blok dalam Microsoft Word 2010


Salam sejahtera semua,

Hari ini saya nak berkongsi satu kaedah cepat untuk memilih teks secara blok dan seterusnya formatnya kepada Format Style tertentu.  Sebagai contoh, anda mungkin pernah menyediakan teks seperti di bawah.

BUTIRAN PERIBADI
NAMA PENUH:   Hamba Allah
ALAMAT:             No. 123, Jalan Empat,
                             Taman Lima,
                             67890 Bandar Sepuluh,
                             Negeri Sembilan
TELEFON:           012-345 6789
E-MAIL:               hamba_Allah@gmail.com


Tahukah anda kaedah cepat utk format tajuk-tajuk baris (seperti NAMA PENUH, ALAMAT, TELEFON dan E-MAIL) kepada format seperti di bawah tanpa melibatkan teks yang bukan tajuk?

BUTIRAN PERIBADI
NAMA PENUH: Hamba Allah
ALAMAT:           No. 123, Jalan Empat,
                             Taman Lima,
                             67890 Bandar Sepuluh,
                             Negeri Sembilan
TELEFON:          012-345 6789
E-MAIL:              hamba_Allah@gmail.com

Bagi yang tak tahu mungkin akan memilih teks dan formatnya kepada tulisan tebal (bold) secara satu persatu.  Sebenarnya ada cara cepat untuk memilih tajuk itu sahaja.

Dalam kes ini, klik pada permulaan tajuk NAMA PENUH.  Kemudian tekan kekunci Alt di keyboard sambil menekan butang kiri mouse dan mengheret mouse sehingga akhir tajuk E-MAIL. Pilihan anda meliputi semua tajuk yang dikehendaki seperti yang kelihatan dalam gambarajah di bawah.





Sesudah itu formatkan pilihan anda, contohnya dengan butang Bold.

P/S Credit to http://www.techrepublic.com/blog/msoffice/select-a-vertical-block-of-text-in-word/2658