Welcome To My Blog

This blog contains posts that may benefit ordinary visitors or programmers (particularly .NET programmer).
To view posts related to particular subjects, click the link under Labels.

Tuesday, July 13, 2010

Missing Icons in Windows 7

Salam sejahtera semua...

Sudah agak lama saya tidak update blog ni iaitu semenjak syarikat saya bekerja menggunakan internet filtering yang mana kebanyakan laman tidak boleh lagi dibuka termasuklah laman blog ni.

Nak gunakan Celcom broadband untuk update pun tak berapa sesuai. Nama aje broadband tapi apa yang saya dapat macam narrowband aje. Lembab sungguh hingga saya tak ada mood nak menulis blog.

Baru-baru ni saya telah membeli sebuah notebook baru jenama Toshiba model Satellite M500. Ia menggunakan operating system Windows 7 Home Premium. Seperti biasa, saya ni pantang dapat notebook atau handphone baru. Selagi boleh saya akan cuba install macam-macam aplikasi ke dalamnya.

Pada suatu hari saya dapati ada antara image untuk shortcut(icon) yang dipaparkan dalam Start Menu, di atas Desktop dan Taskbar hilang. Walau bagaimana pun shortcut tu masih berfungsi seperti biasa untuk jalankan aplikasi yang sepatutnya. Saya agak keliru tapi saya malaslah nak tanya rakan sekerja. Jadi saya tanya pakcik Google - teman sejati saya.

Alhamdulillah, jumpa beberapa link yang berkaitan dengan masalah yang saya hadapi. Link yang saya cuba datangnya dari Windows 7 Forums. Ia benar-benar membetulkan masalah yang telah saya hadapi. Apa yang saya buat ialah saya telah padamkan IconCache.db yang menyimpan image untuk setiap icon yang digunakan di atas Desktop, Start Menu dan Taskbar. Dalam Windows 7, iconcache ini spesifik untuk setiap user. Kalau dipadam, Windows 7 akan buat semula secara automatik.




Langkah yang patut anda ikuti untuk bina semula IconCache.db:
  1. Buka Start Menu. Kemudian taip cmd dalam kotak Search dan tekan Enter.

  2. Buat seperti dalam gambar bila tetingkap command prompt keluar.
  3. Log off kemudian log on supaya Windows 7 bina semula iconcache.db yang baru untuk menggantikan iconcache.db yang telah terpadam.
    - atau -
    Anda juga boleh bina semula tanpa log off dengan mengikuti langkah berikut:

a) Tekan Ctrl+Shift+Esc untuk keluarkan Windows Task Manager.

b) Dari senarai Processes, pilih explorer.exe dan kemudian tekan butang End Process. Desktop akan menjadi kosong.

c) Di Windows Task Manager, buka menu File dan pilih arahan New Task (Run...)

d) Dalam kotak dialog Create New Task, taip explorer dan tekan OK. Desktop akan kembali seperti sedia kala. #

Sekarang anda akan lihat setiap shortcut memaparkan semula icon yang sepatutnya. Senang aje kan?

Sila klik sini untuk lihat kaedah lain dari Windows 7 forum.

No comments: